LIVE TRADE 2.0

LIVE TRADE MADAD 2.0
“KONGSI REZEKI, SAHAM KE SYURGA”
Wabak Covid19 yang melanda negara masuk ke fasa ke-3 apabila arahan perintah kawalan pergerakkan bermula pertengahan Mac lalu dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020. Kesan daripada PKP COVID19 ini terdapat banyak keluarga asnaf yang terjejas dan putus bekalan makanan.
Murtadha Dakwah Centre (MADAD) mengambil inisiatif membantu dengan memberi makanan keperluan asas kepada asnaf sekitar Kuala Muda semperna Ramadhan.
Antara kandungan BANTUAN MADAD Fasa ke 2 :
1. Project Rice for Asnaf 100,000 Asnaf
2. Projek Ayam untuk 20,000 Asnaf
3. Kempen Ramadhan Madad
Golongan yang terlibat adalah
Asnaf yang terjejas keperluan hidup
Sasaran
RM100 x 1000 orang = Jumlah RM100,000.00
Projek ini juga mendapat kerjasama antara Asri Ahmad Academy (AAA)
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka &
Wakil Rakyat Merbok, pihak swasta
dan tokoh-tokoh individu.