LIVE TRADE + BANTUAN COVID19 MADAD

BANTUAN COVID 19 MADAD
“KONGSI REZEKI, SAHAM KE SYURGA”
Wabak Covid19 yang melanda negara masuk ke fasa kedua apabila arahan perintah kawalan pergerakkan bermula dari 1 April dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Kesan daripada PKP COVID19 terdapat banyak keluarga asnaf yang terjejas dan putus bekalan makanan.
Murtadha Dakwah Centre (MADAD) mengambil inisiatif membantu dengan memberi makanan keperluan asas kepada asnaf sekitar Kuala Muda.
Antara kandungan BANTUAN COVID19 MADAD :
1. Beras
2. Telur
3. Tepung
4. Kopi/teh
5. Minyak Masak
6. Kicap
7. Sardin
8. Gula
Golongan yang terlibat adalah
Golongan Asnaf yang terjejas keperluan hidup
Sasaran
Projek ini juga mendapat kerjasama antara Asri Ahmad Academy (AAA)
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka &
Wakil Rakyat Merbok, pihak swasta
dan tokoh-tokoh individu.