MADAD CARE BANTUAN ASNAF

MADAD CARE BANTUAN ASNAF

MADAD CARE
Kongsi Rezeki, Saham Ke Syurga

Madad Care adalah salah satu inisiatif daripada Murtadha Dakwah Centre dalam membantu masyarakat yang terputus bekalan akibat wabak Covid-19 yang menimpa kita. Madad Care juga mendapat kerjasama erat dengan PKWRK (Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjung Dawai, Yb Ust Hanif Bin Ghazali dan Pantai Merdeka, Yb Ust Ahmad Fadzli Bin Hashim. Kawasan yang sering mendapat bantuan dan perhatian adalah di sekitar negeri Kedah. Program ini mula berlangsung pada 6 April 2020 sehingga Kini.


Di bulan Syawal yang mulia ini Madad Care akan diteruskan lagi dengan menghasilkan beberapa projek baru dan inisiatif kecil yang akan berlangsung tak lama lagi demi  terus membantu masyarakat di fasa PKPP ini seperti :

1. Projek Nikmat Di Syukuri
 2. Projek Food Bank for Asnaf.
 3. Projek Rice For Asnaf 100,000 Asnaf 

Projek Food Bank For Asnaf ini adalah projek yang memberi barangan keperluan asas yang berbentuk pek khas dan mudah untuk dibawa kepada asnaf-asnaf di sekitar negeri Kedah. Bantuan pek keperluan asas yang bernilai RM50 diberikan kepada asnaf seperti:

1. Kicap
 2. Beras
 3. Telur
4. Tepung
 5. Gula
6. Sardin
 7. Kopi dan lain-lain lagi.

Manakala projek Nikmat Disyukuri pula adalah program berbentuk sumbangan permaidani kepada surau-surau dan masjid di sekitar negeri Kedah. Sumbangan permaidani kepada 45 Surau dan 13 Masjid di sekitar Tanjung Dawai yang bernilai RM10 kaki persegi.

Projek Rice for Asnaf (ATM Beras) pula adalah usaha untuk mengembirakan dan meringankan kesusahan diuji kepada semua asnaf di sekitar negeri Kedah. Bantuan beras bernilai RM3.00 per kilogram yang mensasarkan pemberian kepada 100,000 Asnaf

Tuan puan yang disayangi Allah, pada kita mungkin bantuan ini sangat besar, jika kita sahaja yang menghulurkan sumbangan. Tapi kalau kita dapat sampaikan mesej ini kepada jutaan orang yang membaca, tak mustahil untuk kita dapatkan beberapa orang dermawan yang sudi menyumbang. Maka, jom dengan hanya bermodalkan RM100 setiap seorang menyumbang, jika 1,000 orang kita sudah mengumpul RM 100,000.  Secara tidak langsung kita membantu meringankan bebanan asnaf-asnaf serta yang memerlukan bantuan sepanjang bulan Ramadhan. Insha Allah.


Kami dah bertekad untuk sama-sama memberi pada tuan-tuan dan puan-puan. Jadi, dengan sumbangan yang diberikan, kami akan hadiahkan tuan puan dengan Taqwim dan Bacaan Surah Pilihan Solat Tarawih.

Nabi SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”


"KITA JAGA KITA"

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MADAD CARE HABIS STOK
KARPET HABIS STOK
FOODBANK HABIS STOK
ATM BERAS HABIS STOK
ATM BERAS (Beras Kampit) HABIS STOK
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Pertanyaan